Bukit Gambang Resort City

ini adalah entri khas sempena ke satu tempat yang istimewa, dengan orang yang istimewa (biru itu sejuk) dan pada masa yang istimewa.

Saya ajak budak itu pergi ke lapangan terbang untuk menghantar rakan-rakan  yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke Jordan. Alhamdulillah, dia sangat senang hati untuk teman saya. Tapi lepas itu dia ajak saya main air dekat Bukit Gambang Resort City kerana katanya dia sudah rindu untuk main air. Saya setuju dengan rancangan dia.

Dan yang paling istimewa, dia minta untuk tadabbur ayat Al-Quran dengan saya kerana dia kata air matanya semakin mengeras.

———————————————————————————————————————————

Saya cepat-cepat buka Al-Quran kesayangan saya, belek-belek, cari-cari ayat-ayat power yang boleh digunakan untuk menembak budak ini. Dan saya jumpa,

Surah Al-Qaf (50:16-25)

Basically, surah ini ada menceritakan tentang suasana hari qiamat. Gerun juga sewaktu mentadabbur ayat ini. Bukan sahaja menembak budak itu, malah terasa seperti menembak diri sendiri yang juga sudah lama tidak dibasuh oleh naqibah.

(Allah berfirman),”Lemparkanlah olehmu berdua ke dalam neraka Jahannam, semua orang yang sangat ingkar dan keras kepala,

Yang sangat enggan melakukan kebajikan, melampaui batas, dan bersikap ragu-ragu” (50:24-25)

Bahagian ayat ini yang saya paling terkesan, yang paling tertembak, yang rasa nak menangis dan insaf. Allah bagi ciri-ciri orang yang akan dicampakkan ke neraka Jahannam, neraka yang paling bawah, neraka yang paling teruk siksaannya. Takut dan gerun. Kerana takut diri ini memiliki sifat-sifat ini.

Kerana takut diri ini ingkar kepada ALLAH

Kerana takut diri ini keras kepala terhadap ALLAH.

Kerana takut diri ini malas untuk melakukan kebajikan.

Kerana takut diri ini akan melampaui batas yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Kerana takut diri ini akan ragu-ragu terhadap-Nya.

—————————————————————————————————————————————

Yang membuatkan kami best lagi bersama di sana, ada makcik dan pakciknya bersama dua anak mereka, dan ada adik bongsu kepada budak ‘biru itu sejuk’. Saya duduk-duduk sambil melihat mereka bermain air, snap-snap gambar alam, terlalu teruja dengan keindahan alam yang ALLAH ciptakan.

Alhamdulillah…terima kasih ALLAH, kerana beri saya masa yang sebegini manis, alam yang indah, dan kesihatan yang sempurna untuk saya pergi ke tempat ini….

p/s : tapi sedih juga sebab ada seorang ukhti saya yang tidak dapat pergi :( sebab dia sakit….

dan ini….picture yang sempat saya snap….

Advertisements

2 thoughts on “Bukit Gambang Resort City

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s