sayu

Malam semalam solat sunat tarawih yang terakhir….sayu…

langsung terus manandakan malam terakhir dalam bulan Ramadhan

Pagi tadi sahur yang terakhir….sayu…

juga menandakan pagi terakhir dalam bulan Ramadhan

Dan hari ini hari terakhir ummat Islam berpuasa.

Malam ini, takbir raya akan mula bergema.

——————————————————————————————————————

Sayu rasanya, bulan mulia ini akan meninggalkan kita esok hari. Esok akan mula latihan kita setelah sebulan ber ‘kursus’ dengan-Nya.

Sayu rasanya sebab rasa macam tak kejar setiap masa lapang untuk penuhkan dengan pengabdian diri kepada-Nya.

Sayu juga rasanya bila ada orang yang tidak sempat berpuasa bersama-sama dengan kita.

————————————————————————————————-

Bulan puasa hanya datang sekali.

Bulan puasa hanya datang sekali.

KENA SENTIASA INGAT !

jom muhasabah dengan jujur (kata seorang ustaz malam tadi)

Mari buktikan betapa kita sayang pada ALLAH.

Mari buktikan kita adalah Muslim dan Mukmin yang kuat mujahadahnya.

Mari buktikan kita mampu istiqamah dengan ibadat kita seperti dalam Ramadhan lepas.

Mari buktikan kita sudah lulus dengan jayanya dalam latihan itu.

———————————————————————————————————————————-

ALLAH suruh kita jadi hamba-Nya, bukan hamba kepada Ramadhan.

ALLAH suruh kita ibadat sepanjang masa, bukan hanya dalam bulan Ramadhan.

ALLAH sayangkan kita. Sebab itu DIA datangkan Ramadhan kepada kita, hanya yang terpilih. ALLAH bagi kita peluang untuk buat pahala banyak-banyak. Untuk tarawih. Untuk rasa nikmat bersahur, berpuasa dan berbuka.

ALLAH sayangkan kita. Sebab itulah ALLAH bagi Syawal pada kita. ALLAH mahu kita meraih kemenangan itu. ALLAH nak bagi kita rasa seronok berkumpul ramai-ramai, ziarah sana-sini dan sebagainya.

YA ALLAH, KAU SEMPATKANLAH AKU  BERPUASA RAMADHAN YANG AKAN DATANG,

KERANA DOSAKU TAK TERHIMPUN  BAGAI DEBU, YA ALLAH.

AKU TAKUT DENGAN API NERAKAMU.

KU MOHON RAHMAT DAN KASIH SAYAMG DARIMU.

SISA UMURKU BELUM TENTU AKU HABISKAN UNTUKMU YA ALLAH

BERIKANLAH PELUANG KEPADAKU YA ALLAH.

p/s : nak ramadhan lagi tahun hadapan….nak rasa lagi manisnya bulan itu :)

2 thoughts on “sayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s