atuk

Tadi waktu berbuka puasa, berbual-bual dengan macam biasa dengan umi..masuk topik atuk (ayah sebelah umi). Atuk yang saya sangat rapat dengannya. Atuk kesayangan saya. Atuk yang selalu memenuhi permintaan saya. Atuk yang paling suka senyum pada saya. Atuk yang suka memanjakan saya. Atuk yang saya teramat rindu padanya.

Atuk sangat baik pada saya. Atuk mengakui saya adalah cucu kesayangan dia. Tapi ALLAH lebih sayang pada dia. Dia sudah pergi. Waktu itu saya masih di sekolah menengah. Kini sudah besar. Tapi kenangan bersama-sama dia saya tidak akan lupa. Saya sangat sedih.

Sudah beberapa tahun saya beraya tanpanya. Apa yang mampu saya buat adalah, pergi ke kuburnya, hadiahkan Yaasin buatnya, doakan untuk dia, berkelakuan baik dan berubah untuk menjadi cucu yang solehah. Walaupun dia tak nampak, saya yakin kalau dia masih hidup, saya tahu dia akan suka :)

————————————————————————————————————————-

“Atuk, atuk tunggulah N****** ye, tahanlah, jangan mati lagi. N****** nak jadi doktor. Nak tunjuk pada atuk.”

Ayat ini pernah saya cakap pada arwah atuk. Waktu arwah atuk sedang menunggu waktunya. Saya tidak mengerti mengapa saya cakap begitu. Tapi, saya memang nak suruh arwah atuk tunggu sebenarnya.

Atuk, N****** dah jadi student perubatan. Tak lama lagi, dengan izin ALLAH, N****** akan jadi doktor.

Alhamdulillah…..

——————————————————————————————————————————-

Teringat pada arwah atuk, buat saya ingat tentang kematian. Yang akan menimpa semua manusia. Waktu yang tidak diketahui. Tempat yang tidak diketahui juga.

Kita mesti bersedia. Kerana di alam seterusnya, tiada siapa yang akan membantu kita.

Sekarang N****** sudah berubah atuk. Makin memahami agama sendiri. Makin faham dengan tanggungjawab. N****** nak sangat atuk tengok N****** sekarang…….

p/s : Sangat rindu pada arwah atuk. Aktiviti yang akan dibuat hari raya ini, pulang ke kampung dan bacakan Yaasin di kubur mereka..INSYAALLAH….

2 thoughts on “atuk

  1. i miss my atuk too. together we form a league of pious generation to benefit our ancestors insyaAllah.
    n*d*r*h, ramadhan is soon to pass. pray for me and please forgive me of every wrong-doings i did to you, hak2 yang tak tertunai serta kekasaran lisan yang sering diletuskan. moga kita lulus madrasah ini dengan mumtaznye.

    • haah…betul2…..eh, tiqah, u takde salah dgn i la…hehe….sama lah aku ye syg, mintak maaf gak….insyaALLAH, kita akn lulus dgn mumtaznya….

      P/S : pandai kau spell nama aku ek….sweet…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s