jalan-jalan

Tadi jalan-jalan di bandar…..

Dengan kawan kesayangan dan adik-adiknya yang comel…..

Sambil tengok keadaan masyarakat dalam bulan mulia ni…

Sibuk dan jalan penuh, kereta berderet-deret, orang dah mula berpusu-pusu shopping raya, dan Ramadhan semakin berakhir…:(

————————————————————————————————————

Aku pernah terfikir, adakah Ramadhan ini tidak memberi kesan kepada ummat Islam, masih juga sama, di takuk lama, tidak ada yang bertambah, cuma bertambah maksiat kepada ALLAH (sorry, kasar)

Sian tengok  masyarakat. Baru sedar masyarakat memerlukan kita. Untuk memberi sinaran Islam kedalam hidup mereka yang kian hilang. Untuk menolong mereka kembali kepada ALLAH yang satu.

Kena tengok masyarakat dengan kasih sayang. Kuasa kita untuk menghukum kesalahan mereka tidak pernah ada dan tidak selamanya akan ada. Siapakah kita untuk menilai sejauh mana seseorang itu baik atau jahat. Kerana ALLAH yang memegang hati kita, kerana ALLAH yang membolak-balikkan, maka kembalilah kepada ALLAH untuk memohon kekuatan.

Dan bila keluar dan mendedahkan diri kepada masyarakat, baru sedar, kita kena kuat, sebab kita nampak asing. Kita yang nampak lain dari mereka. Kita yang ketinggalan. Kita yang tidak maju dan sebagainya. Sedangkan Islam itu sesuai dipraktikkan di mana-mana dan setiap masa, malah sepanjang zaman.

Di manakah silap kita ?

Kita tidak silap. Kita kena kuat. Yang asing itulah yang perlu dikembalikan kepada masyarakat. Perkenalkan Islam yang sebenar kerana kita tahu Islam bukan hanya atas dasar ibadat.

Kita tidak silap. Kita kena bersedia. Sebab kita tahu, orang akan memandang segala tingkah-laku kita. Biarlah sampai terbeliak biji mata mereka melihat kita, jangan pernah goyah kerana kita di pihak yang benar. YAKINLAH !

Kita tidak silap. Kita cuma mengambil sedikit masa untuk mencapai matlamat dakwah kita. Dakwah kita memerlukan tenaga yang banyak. Masa tidak menunggu kita. Kita yang kena kerja keras. Bukan hanya duduk melanguk melihat masyarakat jadi hancur musnah.

———————————————————————————————————————————

Dah puas berjalan-jalan….

Keadaan masyarakat masih sama seperti tadi….

Dalam hati, berharap akan mudah menerima Islam satu hari nanti…

p/s : seronok berjalan-jalan dengan budak itu….

2 thoughts on “jalan-jalan

  1. aku sangat seronok menjadi orang pelik sekarang ini. kesian pada orang2 yang tak faham. semoga Allah kurniakan kefahaman yang sama pada orang2 kat luar sana :)))

    p/s: mintak maap tak layan kau sangat tadi. i’m a terrible mood detector, i guess. :(

    p/s 2: i love you! :D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s