pecutan JUARA

Memerlukan pecutan kelajuan yang tertinggi.

Seperti ligatnya mesin basuh berputar,

Seperti tangkas seorang pesilat bermain keris,

Seperti cekapnya seorang jurutera mengendalikan mesin.

———————————————————————————————————————–

Ramadhan kian berakhir. Kita bagaimana ?

Berakhir juga semangat ibadatnya.

Atau semakin semangat menyambut Hari Raya yang bakal menjelang tiba ?

Semakin berkurang pergi ke masjid

Atau semakin ligat ke pasaraya ?

———————————————————————————————————-

Hidup kita entahkan panjang atau tidak.

Hidup kita entahkan dijamin atau tidak.

Begitu juga Ramadhan. Entah sempatkah tidak kita mahu menyapanya seperti tahun ini. Entah sempatkah kita bersahur sebegini tahun hadapan. Entah sempatkah kita merasai nikmat berbuka di Ramadhan akan datang. Entah sempatkah kita berterawih lagi ?

Entah sempatkah kita ?

Mesti pecut.

Pecut apa ?

Pecut ibadat. Pecut mengumpul pahala. Pecut ke rumah-rumah ALLAH. Pecut segala-galanya untuk meraih cinta-Nya.

“Fastabiqul khairat”

ertinya berlumba-lumba berbuat kebaikan.

Ini perintah ALLAH.

Ini wahyu ALLAH.

Ini kalam ALLAH.

ALLAH suruh pecut. ALLAH suruh cepat-cepat. ALLAH suruh berlari laju-laju. Bukan perlahan-perlahan. ALLAH tak nak kita lengah-lengah sebab ALLAH tahu kita akan leka. ALLAH suruh PECUT !

Ramadhan untuk kita. Kita akan merasai manisnya jika kita yang menjalaninya. Kita akan memenangi pialanya jika kita ada usaha untuk menjadi juara.

Jadilah anda juara Ramadhan.

Jadilah anda juara dalam ibadat.

—————————————————————————————————————–

Jom muhasabah semula.

Masa masih ada.

Jangan biar dunia menelan kita.

Jangan mudah leka.

Niatkan segala-galanya ibadat, kerana-Nya.

p/s : nak jadi juara juga :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s