aku.kamu.rindu

Aku rindu kamu.

Aku rindu kamu.

Aku rindu kamu.

——————————————————————————————————-

Kita terpisah dek kerana jarak

Kita terpisah dek kerana masa.

Kita terpisah dek kerana tanggungjawab kita.

———————————————————————————————————-

Kini aku mengerti mengapa ada rindu. Rindu itu datang Dari-Nya. Pemberian dari-Nya. Suatu perasaan yang menyerang lubuk hati. Rindu membuatkan kita lebih rapat. Rindu membuatkan kita lebih menghargai. Rindu membuatkan kenangan-kenangan manis teringat kembali.

Dan rindu membuatkan aku mengerti tentang perkataan ukhuwah dan tali persahabatan….

Ukhuwah itu wawasan Al-Quran. Islam menyuruh ummatnya menjalin ikatan persahabatan berlandaskan syariat. Ukhuwah dalam Islam tidak mengenal erti perbezaan. Ukhuwah Islamiyyah lebih manis rasanya. Bertemu kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya.

————————————————————————————————————————–

Buat teman-teman yang mengenaliku,

Buat akhawat yang tidak jemu mendampingiku dalam perjuangan kita ini,

Terima kasih kerana berkawan dengan ku,

Syukur ku panjatkan kepada Yang Maha esa kerana mempertemukan kita,

Dan aku tidak pernah jemu menjalin ikatan dengan kamu,

Dan aku berharap dapat berjumpa denganmu di dalam Jannah-Nya,

Dan aku berharap kamu tidak akan melupakanku,

Dan aku berharap kamu mendoakanku,

Agar sentiasa tsabat dalam jalan ini,

Agar sentiasa tabah menghadapi cabaran dunia.

———————————————————————————————————————–

Akan tiba masanya satu hari nanti,

Kita bakal bersua dengan Ilahi,

Waktu itu aku tidak dapat membantu kamu,

Oleh itu,

Aku ingin membantu kamu mulai sekarang,

Kerana kita sendiri tidak jamin kita mempunyai pengakhiran yang baik atau tidak.

——————————————————————————————————————————-

“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara” (49:10)

Aku tahu kamu semua seagama denganku.

Aku tahu kamu semua seiman denganku.

Aku tahu kamu semua seaqidah denganku.

Jangan sekali-kali kita lupa, kita ini bersaudara.

—————————————————————————————————————————-

“Mengutamakan orang lain atas diri mereka, walau diri mereka sendiri kekurangan” (59:9)

Al-Quran  telah memberikan petunjuk dari-Nya tentang ukhuwah.

HARGAILAH UKHUWAH YANG ANDA JALINKAN DENGAN SESIAPA

P/S : rindu pada semua kawan, lagi bertambah rindu pada akhawat :)

Advertisements

2 thoughts on “aku.kamu.rindu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s