sempurna

“jangan mengharapkan kesempurnaan dari orang, nanti orang menuntut kesempurnaan dari kita”

ini umi yang kata.

saya hanya terdiam kaku. percaya atau tidak, sudah ada contoh depan mata.

———————————————————————————————————————————————-

Manusia tak  sempurna.

Manusia tak pernah sempurna.

Manusia tak akan sempurna.

Kena sentiasa ingat konsep ini.

Kerana Yang Maha Segala-galanya adalah ALLAH.

—————————————————————————————————————————–

Terkadang lupa konsep ini bila memikirkan hakikat diri yang dianggap sempurna. Gemar membandingkan diri dengan orang lain. Mula mengakui diri ini sempurna. Segala sifat dan perilaku ada pada diri.

Apa itu sempurna ?

Tiada cacat celanya.

Lengkap, tiada kekurangan.

Baik lagi teratur.

Tamat dengan selamat atau sebaik-baiknya.

Baik sekali, sesuai.

(pengertian kamus Dewan – Edisi Ketiga)

————————————————————————————————————–

Kita ini banyak kekurangannya. Dari segala segi, terutamanya  tugas kita sebagai hamba di atas muka bumi ini. Manusia hanyalah sekelumit ciptaan-Nya jika dibandingkan dengan sang matahari dan sang langit yang gah berdiri.

Kita ini banyak kekurangan. Bukan sepenuh masa berada dalam keadaan terpelihara dari dosa.

Kita tak pasti kita akan punyai pengakhiran yang baik atau tidak. Berat atau tidak timbangan buku amalan kita. Laju atau tidak atas titian Sirat nanti. Masuk syurga atau tidak. Semuanya kita tidak pasti lagi.

Dan hidup kita tidak pernah lengkap. Dengan keseronokan dunia sahaja tidak cukup. Dengan cinta makhluk sahaja tidak cukup. Hanya cukup bila DIA dekat dengan kita. Hanya cukup bila kita cinta DIA sepenuh hati kita. Dan hanya cukup bila semua hak DIA kita penuhi.

——————————————————————————————————————————————-

Dan berhentilah merungut kepada manusia. Berlapang dadalah sesama kita. Kerana kita semua tidak sempurna. Jangan mengharapkan sesuatu dari orang. Kelak diri akan merana. Hanya berharap kepada ALLAH. Hanya redha dengan ALLAH.

KERANA DIA MAHA SEMPURNA.

Dan berhentilah merungut kepada manusia. Jangan mengharapkan perubahan diri mereka jika kita yang tidak mahu berubah. lebih baik jika kita yang menolong mereka. Hanya berharap kepada ALLAH. Hanya redha dengan ALLAH.

KERANA DIA MAHA SEMPURNA.

p/s : ada orang kata jangan tulis panjang-panjang. berat matanya mahu membaca. :)

p/s : dan entri ini, umi suruh tulis. :)

mylittlepencil

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s