manusia

Manusia jaga manusia. Susah.

Manusia didik manusia. Lebih susah.

Manusia tarbiyyah manusia.Paling susah.

—————————————————————————————————-

Emak yang menjaga, emak yang tahu kesusahan itu.

Guru yang mendidik, guru yang tahu kepayahan itu.

Murabbi yang mentarbiyyah, murabbi yang tahu erti cabaran itu.

Itulah manusia.Membina manusia bukan proses yang senang.Bukan seperti membina bangunan yang biasa-biasa.Ibarat membina bangunan yang kukuh, mantap, dan gah.

Itulah manusia.Membina manusia bukan proses bukan proses yang senang. Kerana manusia ciptaan-Nya yang paling kompleks.Diberi akal untuk membuat pilihan yang sering kali datang hidup mereka.Simpang kanan atau kiri.

Itulah manusia.Membina manusia bukan proses yang senang. Kerana sentiasa banyak halangannya. Dunia, nafsu dan manusia itu sendiri.

Itulah manusia.Membina manusia bukan proses yang senang. Memerlukan kekuatan seorang daie yang cekal dalam jalan ini.memerlukan seorang murabbi yang mampu menangani sebarang masalah dalam jalan ini.Memerlukan seorang naqib atau naqibah yang ada setiap masa untuk ana-anak usrahnya.Dan yang paling diperlukan adalah strategi dalam mengatur langkah

untuk mengajak manusia kejalan-Nya

untuk menyeru manusia kepada-Nya

—————————————————————————————————————————————————–

Itulah proses pembinaan.Bukan dengan garang, tidak sabar tetapi dengan kasih sayang.Interaksi dengan menggunakan bahasa jiwa dan mainan hati yang tinggi.

Itulah proses pembinaan.Perlu memimpin macam pemimpin dunia.Perlu cemerlang seperti guru-guru di sekolah-sekolah ynag bagus.Perlu tabah dan sabar seperti ibu-ibu  yang tidak pernah jemu terhadap anak-anak kita.Perlu menjadi seperti alim ulama’ yang penuh dengan ilmu dan sedia untuk dicurahkan kepada ummat.

Itulah proses pembinaan.Memerlukan masa.Memerlukan tenaga.Memerlukan nilai sabar yang tinggi.Memerlukan kemahiran yang sesuai untuk digunakan.

———————————————————————————————————————————————————

Proses tarbiyyah adalah proses berterusan.Tidak akan berhenti.Perlu mengikut cara Rasulullah, murabbi agung.Perlu sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah.Perlu mengikut ihdinassirotal mustaqim.Kerana hala tuju tarbiyyah hanya satu.Membina para daie yang boleh bekerja untuk Islam.

Kepada para duat sekalian, aku bangga berada di atas jalan yang sama dengan kamu semua.

Aku seronok mengharungi onak duri yang kamu semua juga lalui.

Aku hars tabah dan sabar seperti kamu semua dalam mentarbiyyah manusia lain kerana aku tahu mereka memerlukan aku.

Aku harus yakin seperti kamu semua dengan janji-Nya kerana Dia tidak akan sekali-kali memungkari janji.

Aku harus sentiasa bersedia seperti kamu semua kerana halangan terlalu banyak zaman ini.

dan aku mahu menjadi penolong agama ALLAH seperti kamu semua jadi.

——————————————————————————————————————————————————–

Ya ALLAH,

Kau bantulah kami para daie ini,

Kau titipkanlah kekuatan untuk membawa agama-Mu,

Kau berikan ketabahan untuk menghadapi dunia ini,

jangan sesekali Kau mencampakkan kami ke dalam jurang nafsu,

kau peliharalah saff-saff dan ukhuwah kami kerana itu syiar dakwah kami,

dan kepada-Mu lah kami meletakkan sepenuh pengaharapan dan pergantungan,

kerana KAU MAHA AGUNG, MAHA BESAR DAN MAHA KUAT.

:)

mylittlepencil

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s