in reply to Surat Pendek: Buat Ukhtiku (tinta,rasa)

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh ukhtiku yang aku amat sayangi,

Aku mahu membalas surat cintamu, aku juga mahu mulakan penaku dengan,

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Ukhtiku sayang,

Aku baik-baik sahaja.Aku juga turut merasai hembusan bayu damai rindumu itu ukhtiku. Wahai ukhtiku sayang, apa pula khabarmu? Khabar imanku, begitulah manusia ada yaazidnya dan ada yanqusnya.

Ukhtiku sayang,

Kau tidak perlu berasa gusar kerana kau sentiasa berada dalam doaku sepanjang masa. Walaupun kita jauh dek kerana jarak dan waktu, aku tetap menghadapi kehidupan ini dengan nilai-nilai tarbiyyah yang telah kita dibina bersama. Betul katamu, itulah tarbiyyah kita, matlamat kita.

Ukhtiku sayang,

Ramadhan di sisi keluarga ada gembira dan ada dukanya.Dan buat ukhtiku di kejauhan sana juga ada kelebihan dan kekurangannya. Tetapi aku tetap mengerti ALLAH meletakkan kita di tempat  yang sesuai untuk menguji dan menguatkan tarbiyyah dzatiyyah kita.

Ukhtiku sayang,

Harta tarbiyyah sememangnya berharga.Dan harga ukhuwah pula terlalu mahal.Tidak boleh dijual beli begitu sahaja. Alhamdulillah kita berada di jalan ini. ALLAH mahu kita berjumpa dan menyertai jalan-Nya. AKu terlalu seronok bersamamu wahai ukhtiku.

Ukhtiku sayang,

Memang inilah jalan tarbiyyah. Tidak dihiasi bunga yang mekar atau haruman yang sentiasa ada di sekitar kita.Walaupun begitu, ALLAH mendatangkan kita bantuan-Nya, Dia menjanjikan untuk sentiasa berada selalu dengan kita, dan lebih hebat Dia mahu kita membeli sesuatu dari-Nya, syurga. Wahai ukhti, aku harap kita akan sentiasa tsabat dan bertahan dalam jalan ini. Mintalah kekuatan dari-Nya,wahai ukhtiku sayang.

Ukhtiku sayang,

Allah tidak akan mengukur kita sejauh mana kita dalam tarbiyyah, selama mana kita dalam tarbiyyah, seramai mana anak usrah kita, sebanyak mana daurah kita dan sehebat mana kita dalam jalan tarbiyyah ini. Hanya Allah yang boleh menilai hasil kerja kita di muka bumi ini. Hanya ALLAH yang layak meletakkan kita di mana di sisi-Nya.

Ukhtiku sayang,

Tarbiyyah bukanlah warisan.Tarbiyyah adalah sunnah Rasulullah buat ummatnya.Dan Allah jualah yang memilih siapa jua yang memasuki jalan tarbiyyah ini. Doakan lah buat ukhti-ukhti sekelilingmu agar kuat dan sentiasa berada di belakangmu.

Ukhtiku sayang,

Besar harapanmu, besar lagi harapan ummat ini buat kita.Marilah kita kekal dalam jalan ini kerana masih ramai yang memerlukan kita. Ummat perlukan kita wahai ukhtiku sayang. Jangan sesekali kita termenung dan rehat tanpa memikirkan keadaan ummat kerana kelak kita yang akan rugi.

Ukhtiku sayang,

Moga kita ketemu lagi di syurga ALLAH nanti.Moga kita ketemu lagi Ramadhan tahun hadapan.Moga idea-idea kita mencurah-curah ke ladang gandum tarbiyyah kita nanti. Dan moga semangat kita semakin berkobar-kobar untuk membawa dakwah islamiyyah ini di masa-masa akan datang. Dan semoga kita bersedia untuk menghadapi kerenah-kerenah yang baru.

AKU SAYANG KAMU, WAHAI UKHTI-UKHTIKU SEKALIAN.

:)

mylittlepencil

Advertisements

One thought on “in reply to Surat Pendek: Buat Ukhtiku (tinta,rasa)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s