HE train us..

Ujian ada banyak jenis.

Susah ujian.

Senang juga ujian.

Semua ujian datang dari DIA.

Setiap masa adalah ujian.

Setiap keadaan yang kita diletakkan adalah ujian.

———————————————————————————————————————————————————–

Merungut bila dapat ujian.

Bersyukur dan redha bila dapat ujian.

Ingat DIA hanya bila dapat ujian.

Ini senario kehidupan manusia. Inilah fitrah manusia. Mesti sentiasa diuji untuk meningkatkan iman dan taqwa diri.Mesti sentiasa diuji supaya sentiasa ingat hanya pada DIA. Mesti sentiasa diuji untuk melatih diri. Mesti sentiasa diuji kerana pilihan ada di tangan kita dan kita mampu berfikir.

DIA mahu membina kita.DIA mahu mentarbiyyah kita dengan latihan-Nya.DIA mahu kita jadi hamba yang berkualiti.DIA mahu kita jadi seorang muslim yang kuat menghadapi arus dunia. DIA mahu kita dekat dengan dia. DIA mahu mengubat hati dan jiwa kita.

DIA bukan mahu menyusahkan kita. DIA bukan mahu menyeksa kita.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…..(2:286)

DIA AR-RAHMAN, DIA AR-RAHIM.

Kita hamba. DIA tuan kita.jadi Dia berhak ke atas diri kita. Segala-galanya. Dari sekecil-kecil perkara sehingga ke besar-besar perkara.

Jangan minta kekuatan kepada selain DIA. Sesungguhnya segala kekuatan datang dari DIA.

DIA akan uji kita dalam situasi yang sepatutnya.

Kita inginkan sifat sabar dalam diri. DIA akan meletakkan kita dalam situasi yang akan membuatkan kita cepat marah. Waktu itulah, kita melatih diri kita untuk dapatkan sabar itu.

Jangan ego dengan DIA. Kelak merana jika DIA sudah tidak mahu layan kita. Kita dipinggirkan. Sudah malu dengan diri sendiri. Tidak tahu hendak meyorok di mana lagi di pelusuk muka bumi ini kerana bumi ini DIA yang punya.

DIA uji kita dengan ujian yang mantap-mantap kerana syurga DIA mahal harganya. Bukan murah. Hanya orang yang layak sahaja berhak masuk. Jadi siapa yang lepas ujian, dialah yang layak.

buat kesekian kalinya, BANGGALAH MEREKA YANG DIUJI OLEH ALLAH, ITU TANDA ALLAH TIDAK MELUPAKAN ANDA DAN INGIN ANDA BELAJAR SESUATU.

:)

p/s : ujian paling berat datang dari manusia sendiri, sangat susah menghadapi kerenah mereka :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s