munajat jiwa Merdeka 2010

Hari ini dalam sejarah

Malaysia Merdeka buat kali yang ke-53

Selamat Hari Lahir, tanah airku Malaysia.

Kali ini sedikit berlainan.

Sambutan dalam bulan yang hebat, Ramadhan.

TETAPI SEMANGAT KEMERDEKAAN  MASIH TERASA.

———————————————————————————————————

Ya Allah, hambaMu ini merayu agar dimerdekakan jiwa ini dari belenggu nafsu dan manusia dan kembalikanlah aku kepada fitrah kejadian manusia yang hanya menjadi hamba kepada

YANG MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG DAN YANG YANG MAHA KAYA.

sudah lamakah diri kita merdeka?

merdeka dari dunia dan seisinya.

Islam itu kemerdekaan yang agung. Menyuruh kita bertuhankan kepada yang Maha Satu, tiada yang lain setara dengan-Nya.

Islam itu kemerdekaan yang agung. Menyuruh kita mengekang nafsu kita dari melakukan perkara yang tidak sewajarnya seorang Muslim itu buat.

Islam itu kemerdekaan yang agung. Menyuruh kita berbuat baik kepada seisi dunia tanpa mengira agama dan bangsa.

Islam itu kemerdekaan yang agung. Mengajar kita erti kemerdekaan yang sebenar. Merdeka dalam istilah hamba kepada Allah semata. Bukan pada yang lain. Manusia tidak selayaknya menjadi tuan kita kerana manusia itu semua serupa. Diciptakan oleh Tuhan yang sama dan dari proses yang sama.

dan ummat Islam adalah sebaik-baik ummat. Itulah jolokan Al-quran kepada muslimin dan muslimat serata dunia.

MERDEKA!  MERDEKA! MERDEKA!

Merdeka dengan Islam dan berbanggalah. Kerana agama Islam adalah agama ALLAH. Kerana ummat islam yang memiliki buku agung, Al-Quran. Kerana Islam agama yang mulia dan dihormati. dan kerana kita sendiri memerlukan agama Islam sebagai cara hidup kita.

ISLAM TIDAK MEMERLUKAN KITA, MALAH KITA YANG MEMERLUKAN ISLAM

Dan kalimah agung memerdekakan kita sebagai orang islam adalah lafaz syahadah itu sendiri.

dan firman ALLAH lagi :

“Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah dan agama hanya bagi ALLAH semata….” (2:193)

p/s : tidak sambut merdeka pun.hanya menyambut ramadhan.tetapi berdoa hanya yang terbaik buat negara sendiri :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s