momentum

momentum  iman dan taqwa bulan Ramadhan.

adakah meningkat atau menurun?

———————————————————————————————————————————————

kereta kita tidak bertukar bulan puasa ni,

kerja kita  tidak bertukar,

rumah kita tidak bertukar,

semua benda ini tiada momentumnya.

yang ada momentum adalah manusia itu sendiri, sebab manusia punya iman dan taqwa. kalau momentum tak berubah bulan puasa ni, bahaya dan rugilah manusia itu kerana, ALLAH telah berfirman :

“Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” (2:183)

Puasa itu menjadikan orang-orang yang beriman akan mencapai tahap taqwa yang tertinggi. kerana iman yang mendorong manusia untuk meyakini Rabbnya, kerana iman mendorong kita untuk beribadat sepenuh hati tidak kira masa, tempat dan penat lelah kita.

Biarpun berlapar dahaga, momentum ibadat tidak sewajarnya berubah. Letih bukan alasan. Kerja juga bukan alasan. Pergi ke bazar Ramadhan juga bukan alasan. Shopping raya juga bukan alasan.

Alasan untuk beribadat adalah semata ALLAH. kerana ALLAH menuntut kita untuk mengadapNya setiap hari.kerana maksud islam adalah tunduk dan patuh.

Alasan untuk beribadat adalah semata kerana itulah tugas manusia di muka bumi, firman ALLAH S.W.T

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan  agar mereka beribadah kepada-Ku” (51:56)

—————————————————————————————————————————————————————————————————-

dan ramadhan itu sejenis ‘kursus’ sebulan dari ALLAH untuk mentarbiyyah hamba-hamba kesayanganNya. Seperti juga guru-guru menghadiri kursus, seperti juga pelajar lepasan SPM dihantar ke latihan Khidmat Negara, dan juga seperti  para daie yang dihantar ke daurah. Semua itu untuk mem’bina’ manusia.

manusia sendiri mengerti keperluan kursus. kata orang, ‘lepas kursus, semangat naik untuk buat kerja lepas tu’.

Memang betul, kerana itulah ALLAH juga menghantar kita ke kursus-Nya, selama sebulan, semata-mata menyediakan kita  untuk 11 bulan berikutnya, dan kemudian didatang-Nya Ramadhan lagi. Begitulah kitarannya.

Kita harus  mengikut kitaran. Momentum iman dan taqwa harus meningkat. Cuba hitungkan, telah berapa lama kita sempat berRamadhan, ALLAH membuka peluang buat kita, ALLAH memberi ganjaran terhebat buat kita, dan ALLAH membuka pintu syurga-Nya buat kita.

Manusia perlukan testimoni kepada sesuatu perkara. Ganjaran pahala digandakan. Kita tidak nampak. Hanya mengangguk tanda faham bahawa bulan Ramadhan ini, amalan wajib ditingkatkan pahala sebanyak 70 kali ganda.

Tukarkan pahala itu tadi kepada setongkol emas. Baru nampak. Satu solat wajib, ambil waktu Maghrib (kerana kebiasaan, orang senang datang waktu ini), sembahyang berjemaah, sudah dapat 27 kali ganda pahala. Dalam bulan puasa, segala amalan wajib diganda 70. Mari main kira-kira matematik.

27 x 70 = ???

Banyak bukan tongkolan emas yang kita dapat. Kalaulah itu pahala, semua manusia akan sangat semangat beribadat dan setiap masa datang ke rumah ALLAH. Malah, tidak mahu pulang ke rumah, gara-gara tongkolan emas yang terlalu banyak. Pergi ke surau juga dengan lori kerana tidak cukup tangan membawa tongkolan emas pulang.

Tetapi ALLAH menjanjikan lebih daripada emas kepada kita. SYURGA-NYA. Itu yang kita mahu bukan. Atau masih mahu tongkolan emas ?

Wajarnya, momentum diri sewajarnya meningkat.

Iman bertambah.

Taqwa bertambah.

Masa ke rumah ALLAH bertambah.

Ibadat-ibadat sunat bertambah.

p/s : entri panjang. :) sorry.

mylittlepencil

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s