sejuk

malam ni, lepas berbuka, terasa benar panasnya.

panas, panas dan sangat panas.

menunggu waktu untuk bertolak ke surau berterawih bersama mak-mak cik kesukaan aku, suka melayan aku, suka menegur aku.

dan ayah sampai, terus mengambil aku pergi, dan kami terus beredar.

masih lagi panas.

—————————————————————————————————————————————————————————————————-

ketika dalam kereta,

tiba-tiba hujan,

ouh sejuknya, ALLAH bagi sejuk, free je, banyak titisan hujan  malam ini, untuk hamba-hamba yang telah dipilihNya.

suka.suka dan suka. rasa macam rungutan tadi, ALLAH dengar. Alhamdulillah.

sebab hujan itu sejuk.hujan itu aman.hujan itu tanda rahmatNya.dan yang paling manis, Dia buat hujan untuk kita semua yang ada di bumi ini.hujan itu bukti adanya Dia.hujan itu tanda Maha Hebatnya Dia. fikirkanlah, kerana alam ini diciptakan untuk kita yang berfikir.

“tidakkah engkau melihat bahawa ALLAH menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran ais) itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkan-Nya dari siapa yang dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan” (24:43)

subhanallah, besar sungguh kebesaranMu Ya Allah. aku bersyukur kerana aku  masih sempat nikmati hujan malam ni.

ALLAH suruh kita fikir tentang alam. sebab alam ni sangat luas. dan kita manusia mempunyai akal dan fikiran untuk berfikir benda-benda sesimple hujan, yang kita faham proses kejadiannya.

dan hujan ini untuk semua, bukan sahaja manusia, untuk pokok-pokok yang ada di sekeliling kita, untuk mereka tumbuh mekar, bagi hasil pada kita, semuanya untuk kebaikan…..

ALLAH itu Maha Pemurah, terima kasih sahaja tidak cukup untukMu, aku akan sentiasa melihat alam ciptaanMu ini, untuk aku lebih mengenaliMu dan cinta aku kepadaMu bakal bermula.

—————————————————————————————————————————————————————————————————-

dan hujan kian berlalu, tidak sempat mula terawih, hujan mula berhenti di luar, aku menjenguk, cepat betul berhenti. aku tahu hujan dengar perintah ALLAH, kalau ALLAH kata berhenti, hujan berhenti, kalau ALLAH suruh jalan lagi, hujan akan terus menimpa muka bumi.

aku nak hujan lagi. tapi tengok mak cik sebelah, sudah mula mengantuk.sejuk, nyaman, siapa yang tidak rasa selesa. paling suka part bila mak cik itu sanggup bukak botol air dia, curah air atas sapu tangan yang dia bawak, dan dia lap mata dia untuk tahan mengantuk. demi ALLAH, rasa sangat syahdu bila tengok mak cik tu bersungguh-sungguh untuk mengadapMu, Ya ALLAH.

aku mula terdetik dalam hati, Ya ALLAH, Kau Maha Mengetahui, berilah aku kekuatan untuk beribadat malam ni.

p/s : ceramah terawih sangat semangat dan bermanfaat. nanti nak share :))



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s