jangan menangis

tadi ada dua orang budak baru pulang dari sekolah sambil menangis

“haish, kenapa pulak budak berdua ni?” aku tertanya dalam hati

ada 3 pilihan je :

1. ada orang pukul

2.ada orang ejek

3.ada orang ambil barang

tiba-tiba,

“hilman dapat B bahasa melayu”

“biba dapat 65% je dalam matematik”

erk……

saya pelik, malu, sebab budak kecil sudah tahu rase sedih mendapat keputusan yang rendah. saya tak pernah menangis dapat result yang rendah, kecuali bila dah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

mereka berdua memang menangis betul-betul, tak tipu…menitis air mata, tersentuh saya…

—————————————————————————————————————————————–

apa yang saya dapat, betullah ALLAH itu Maha Teliti dalam pembahagian rezeki buat hamba-hambanya, biarpun dari sekelumit garam hinggalah sebesar sebuah rumah banglo. Semuanya datang dari ALLAH, tiada yang kekal pada kita, tidak boleh dibawa ke alam lain melainkan di alam dunia sahaja.

rezeki dilimpahkan buat semua tidak kira usia, darjat, agama kerana ALLAH itu Maha Pemurah terhadap semua hambaNya.

“ALLAH melapangkan rezeki bagi siapa yang DIA kehendaki dan membatasi (bagi siapa yang DIA kehendaki).Mereka bergembira dengan kehidupan dunia padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yang sedikit) dibanding kehidupan akhirat. (13:26)

sebanyak mana atau sedikit mana kita dapat, kena redha, itu tanda kita sebagai hambaNYA, yang sedia menerima apa pun jua yang diberiNYA, meskipun yang diberi kita suka atau tidak, ataupun yang diminta dapat atau tidak.

please redha, redha on the spot  and keep redha.

—————————————————————————————————————————————–

kita sepatutnya rasa bertuah apabila menerima ujian dari ALLAH, kerana ALLAH memilih orang tertentu untuk mendapat tarbiyyah khas dariNYA  (special treatment) , dan sesiapa yang melepasi akan beruntung dan meningkatlah nilai iman dan taqwanya.

keputusan peperiksaan juga merupakan satu ujian.

cemerlang pun ujian.

gagal pun ujian.

masing-masing ada tarbiyyah tersendiri.

yang ALLAH kira bukan keputusan tapi usaha kita.

yang membezakan kita bukan keputusan tapi taqwa kita kepadaNYA.

“inna akramakum i’ndallahi atqakum”

sentiasalah yakin ALLAH tahu kita ini bagaimana, ALLAH lebih tahu isi hati kita, ALLAH lebih tahu kekuatan dan kelemahan diri kita.

kita ini hamba, mana mungkin tuan kita menyeksa kita :))

malah cintaNya terhadap kita sepenuh masa….

p/s : nanti nak pergi beli buku latihan dengan budak berdua

mylittlepencil

One thought on “jangan menangis

  1. tarbiyyah Allah melalui exam esp kat Mesir memang unik :D

    rasa macam nak buat sistem sendiri juga kadang2 kat Mesir tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s