DO RE MI = K.A.M.I

Entri ini khas untuk dua orang budak itu yang sudah dirindui amat sangat….

Kami bertiga,

Dibina dalam sistem yang sama,

Jalan tarbiyyah berjaya mengeluarkan kami dari jalan jahiliyyah,

Kami sama-sama mengimpikan syurga,

Kami mahu jadi kuli dalam dakwah dan hamba untuk Yang Esa,

Kami bertiga mahu kekal bersama.

—————————————————————————————————————————————–

Ada satu lagu untuk mereka: (jauh-mirwana)

Sepi,jiwaku sepi,

Kerna kau tiada di sisi,

Sunyi,hatiku sunyi,

Tanpa kehadiranmu kasih

Doaku,semoga dirimu bahagia

Aku yang kini jauh

Damba keampunanmu,

Khilaf antara kita,

Kan terlerai akhirnya

Bersama, kasih kita dan cinta.

—————————————————————————————————————————————–

Aku mungkin lemah tanpa mereka berdua,

Aku mungkin goyah tanpa mereka berdua,

Mereka berdua peneman setia aku dalam melalui jalan yang tidak menjanjikan bunga dan haruman,

Mereka mengajarkan kepadaku erti ukhuwah kerana ALLAH,

Walaupun jauh kita terpisah, aku tidak mungkin melupakan mereka sampai hujung nyawaku,kerana aku terus menanti setia hingga ke syurga untuk bertemu mereka.

Jalan dakwah tidak mungkin akan kuat tanpa ada ikatan ukhuwah antara pejuang-pejuangnya,takkan mudah terlerai,akan terjalin keranaNYA, dan terlerai akhirnya juga kerana DIA, kerana bersama kasih dan redhaNYA, kita bertiga menyulam cinta.

“sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada ALLAH agar kamu mendapat rahmat”

Pernah dia menulis satu surat untuk saya, tulisnya:

Kita sangat beriman dengan ayat inikan.

Saya mengiyakan dalam hati.

—————————————————————————————————————————————–

Pernah ukhuwah kami diuji, bergaduh besar, sehingga porak-peranda dakwah kami, kelam-kabut jadinya. Tapi kerana ujian itu, persahabatan kami semakin kuat, semakin mekar, semakin kukuh dan semakin rapat. Aku tidak mahu lagi jauh dari mereka, mahu berlapang dada dengan mereka, mahu menahan kemarahan bila berhadapan dengan mereka dan mahu ikhlas bersahabat dengan mereka.

p/s :  Dan sekian kalinya, entri ini juga ditujukan untuk semua akhawat fillah, saya sayang antunna semua sekali, sangat-sangat.

pernah dia bertanya kepada saya, ukhuwah kita ni kan, agak-agak kalau ALLAH nak uji kita bermadu nanti, macam mana ya..??

erk,saya jadi kelu…

dan kami gelak…………

Advertisements

4 thoughts on “DO RE MI = K.A.M.I

  1. Assalamu’alaikum my little pencil…

    Allah!uniknya nama blog!serius…kreatif & inovatif…itulah daie…

    my little pencil ni nadhrah ye?

    Afwan ye kalau direct jiddan tanya soklan :D

    ‘alakulliyhal,selamat bertinta,selamat bermaqal…

    moga amal kita yang kecil ini Allah nilai,inshaallah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s