hala tuju tarbiyyah kita

Bismillah.

Salam dakwah buat semua pembaca yang tersangat hati ini rindui.
Rindu kerana sudah lama tidak menulis.
Rindu kerana sudah lama tidak dapat komen-komen yang memberi semangat.

Di ketika ini, kepala saya sudah sarat dengan kefahaman yang ingin saya curahkan buat semua.

********

Tarbiyyah kita mempunyai hala tuju yang khusus.
Tarbiyyah kita ingin melahirkan jundi-jundi yang boleh dipacu.
Tarbiyyah kita ada manhajnya, ada cara binaannya.

Dan tarbiyyah itu adalah satu kerjasama antara dua belah pihak.
Murabbi dan mutarabbinya.
Murabbi membina mutarabbi.

Malah, mutarabbi juga membina intipati diri seorang murabbi itu sendiri.

Bermula dengan pembentukan, kita diperkenalkan dengan manhaj-manhaj yang ada untuk menyusun tarbiyyah kita.
Ya, tarbiyyah yang tersusun serta memunyai ahdaf yang jelas sangat penting.
Pembentukan dari segi ruhiyyahnya (spiritual).
Pembentukan dari segi fikriyahnya (intelektual).
Pembentukan dari segi amaliyahnya (amal dakwah).

Ketiga-tiga ini seharusnya bergabung.
Bergabung untuk melahirkan seorang kader dakwah yang boleh dihantar ke mana sahaja.
Kader dakwah yang sudah mampu memberi segalanya untuk dakwah.
Kader dakwah yang sudah tidak ada erti putus asa dalam meneruskan usaha untuk menyeru manusia.

Kader dakwah itu adalah penyeru, bukan penghukum.
Penyeru kepada kebenaran yang satu.
Bukan penghukum yang sibuk menunding jari kesalahan orang lain tanpa memikirkan cara untuk membetulkannya.

Kader dakwah adalah penyeru manusia untuk kembali ke jalan Allah.
Bukan penghukum yang sibuk berpesan-pesan namun dirinya sendiri yang juga sama terjerumus dalam jahiliyyah yang kian memekat.

Beginilah sebenarnya impak tarbiyyah kepada seorang manusia.
Tarbiyyah membawa perubahan dari hati kepada anggota lain seluruh badan.
Tarbiyyah membawa pemahaman aqidah yang lebih jelas.
Tarbiyyah yang mencorakkan semangat dan tenaga untuk diwarnakan pada kertas yang betul.
Tarbiyyah mengajar betapa pentingnya untuk meninggalkan jahiliyyah.

Percayalah, segala wasilah tarbiyyah yang kita tahu,
Usrah, daurah, mukhayyam,
atau apa jua,

MEMBENTUK SESUATU,
MELAHIRKAN SESUATU,
MENCIPTA SESUATU,

YANG BARU ATAU LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA.

Bermula dengan pembentukan diteruskan dengan proses pemeliharaan.
Murabbi memelihara mutarabbinya.

Pelihara yang bagaimana ?
Ya, di ketika inilah murabbi sangat-sangat risau bagaimana cara yang sesuai untuk membina mutarabbi.
Mutarabbi pula pelbagai jenis ragamnya.
Pelbagai jenis kemahuannya.
Pelbagai jenis pula bahagian yang perlu dibaiki.

Saat ini, peluh mengalir banyak,
dada seakan sesak,
persoalan yang tersangat banyak mula menghimpit.

Haruman yang bagaimana harus aku berikan kepada bunga-bunga yang sedang berkembang mekar ini ?
Corak apa yang perlu aku lakar agar lukisan yang terlukis mahal harganya nanti ?
Lirik yang bagaimana harus aku tulis agar lagunya berbunyi merdu di telinga-telinga manusia seluruhnya ?

Betapa perlu pembentukan itu diiringi dengan pemeliharaan.
Pemeliharaan untuk mengawal diri mereka dari terus terbuai dengan keindahan mimpi-mimpi tayangan dunia.
Pemeliharaan untuk terus menjaga mereka daripada terjatuh ke dalam lubang yang sama berulang-kali.
Pemeliharaan untuk mendisiplinkan mereka.

Ketika inilah, mutabaah amal penting untuk dipantau.
Mutabaah amal dan mutabaah dakwah.
Taqwim tahunan untuk evalusi.

Seperti seorang pemeriksa yang memeriksa kertas peperiksaan.
Namun, pemeriksa juga harus ingat yang dia juga mempunyai kelemahan.

Kerana itulah, dalam memberi target kepada mutarabbi perlulah kita terlebih dahulu mendahului atau mencapai target yang ditetapkan.
Mana mungkin kita membabi-buta meletakkan senarai panjang, manakala untuk kita hanya senarai yang pendek !
Sudahnya, mutarabbi kita yang terbina mantap, manakala kita punah dan musnah tertinggal di belakang.

Seterusnya, ahdaful tarbiyyah diteruskan pengembangan.
Kualiti ditingkatkan, kelemahan diperbaiki.

Pembinaan mutarabbi yang kian terasa payahnya.
Di sinilah saatnya kau akan terkenangkan betapa pentingnya taaruf atau proses mengenali dalam-dalam mutarabbi terlebih dahulu.
You can make sure of everything, but first build the chemistry !

Bagaimana pula dengan mutarabbi yang tidak meningkat ?
Maka, carilah kesalahan itu dari dalam lubuk dirimu sendiri dan ubatilah.
Carilah kelemahan mutarabbi dan ubatilah dengan ubat yang paling mujarab berbekal dengan cara yang paling berhikmah.

B&B.
Belajar dan bersabar.

Mungkin seperti kita juga dahulu, susah untuk berubah.
Terbayang-bayang saat betapa susahnya naqibah kita satu ketika dahulu memberi pencerahan kepada kita.
Dan mungkin sebegitu susahnya atau lebih susah !

Susah yang terkawal dengan kesabaran.
Susah mungkin kerana dugaan itu tidak ditepis keras.

Kelemahan akan senantiasa tertayang sepanjang kita membina seorang manusia.
Dan tidak boleh tidak, kelemahan kita juga tertayang pada masa yang sama.
Perlu kau ingat, kelemahan itu memang sifatnya adalah untuk dibaiki, bukan untuk diratapi.
Terus mencari dan mencari jalan penyelesaiannya.

Dan buatmu murabbi, jangan bersangka buruk kepada mutarabbi !
Sangkaan buruk itu hanya akan membunuh kesabaran dan ketabahanmu untuk terus membina.
Sangkaan buruk itu akan menjahanamkan ukhuwwah yang telah terjalin rapi.

Sedetik, sesaat, berhari-hari kau membina sangkaan buruk itu, maka jelaslah kau bukan murabbi yang sebenar-benar murabbi !

Biarpun betapa hebat bahan-bahan atau lafaz-lafaz yang kau ucapkan, namun tiada rasa sabar yang diiring bersama, maka punahlah dakwah kerana mempunyai murabbi seperti engkau !

Seterusnya, at-taujih dan at-tauzhif.
Pengarahan dan keberdayaan.

Tugasan akan diberi.
Penempatan akan ditetapkan.
Kini, fungsi semakin jelas.

Arahan diberi, langkah diatur.
Fungsi dijelaskan, tanggungjawab dijalankan.

Inilah sebenar-benar daie.
Barulah jemaah itu mempunyai ‘nyawa’ apabila mempunyai ahli jemaah seperti kita.
Barulah jemaah berasa bangga dengan keberadaan kita.

Seperti jubin-jubin yang boleh disusunkan di mana-mana sahaja.
Di ruang tamu, di dapur, di bilik tidur.
Jubin-jubin diatur membentuk lantai yang cantik dan berseri.

Itulah makna fungsi yang sebenar dalam jemaah.
Bukan sekadar tertakluk memenuhi syarat keahlian.
Tetapi tertakluk kepada amal dakwiyah yang telah kita buat.
Sebanyak mana pengorbanan.
Sejauh mana telah kita teroka.

Dan di ketika inilah keberdayaan mutarabbi akan teruji.
Setelah tarbiyyah mantap diberikan, adakah mereka telah bersedia sepenuhnya untuk bekerja sepenuh masa demi ummah.
Di saat inilah istilah ‘menyampaikan’ akan diuji.
Menyampaikan bukan hanya cakap-cakap sebelah-menyebelah.

Cara kerja kita dalam menyampaikan adalah dengan cara membina.
Membina adalah satu proses yang penting dalam usaha untuk menyampaikan kemenangan.

Tajmik tanpa takwin adalah sia-sia.
Takwin tanpa pergerakan lebih menyiakan.

Dan sungguhnya, dakwah ini bukan sekadar tugas dan tanggungjawab yang terbeban.
Dakwah adalah cara kita menyampaikan rasa cinta kepada manusia.
Dakwah adalah cara kita menterjemah rasa cinta kepada Allah.

Tanpa dakwah, hidup kita sepi.
Tanpa dakwah, kita ibarat manusia yang tidak mempunyai nyawa yang benar-benar ‘hidup’.

Inilah dakwah.
Dakwah yang telah lama menjadi nadi hidup kita.
Mengalir siang dan malam dalam pembuluh darah.
Menjadi bahan utama untuk dijadikan mimpi buaian tiduran.
Menjadi topik utama untuk dibualkan.
Menjadi masalah utama untuk difikirkan.

Inilah dakwah !

4 thoughts on “hala tuju tarbiyyah kita

  1. assalamualaikum akak! =)

    subhanallah. seringkali tulisan akak kena tepat pada situasi saya. subhanallah.

    ‘Bagaimana pula dengan mutarabbi yang tidak meningkat ?
    Maka, carilah kesalahan itu dari dalam lubuk dirimu sendiri dan ubatilah.’

    saya quote y ats tuh. mutarabbi mencerminkan kita sebelum ditarbiyyah kn akak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s